SABAH


 
HomeHome  Portal*Portal*  FAQFAQ  RegisterRegister  Log inLog in  
Selamat datang ke SBF, laman web berinfo dan membina minda rakyat Sabah ke arah perkongsian idea serta penggalakan pembangunan minda individu secara positif. Terdapat topik popular dalam forum ini yang hanya boleh diakses oleh ahli berdaftar sahaja. Semua lagu yang terdapat dalam laman web ini merupakan promosi sahaja. Sila ke kedai yang berhampiran untuk mendapatkan lagu tersebut. Semua post yang tidak sesuai atau melanggar peraturan berforum juga akan dipadam serta-merta demi menjaga nama baik SBF. Selamat berforum. Terima kasih. Admin SBF

Share | 
 

 Sering diabaikan tetapi ia sangat penting

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aziel70
Newbie
Newbie


Male
Number of posts : 17
Age : 46
Location : Sepangar Kota Kinabalu
Job/hobbies : Business
Points : 21
Registration date : 2010-11-13

PostSubject: Sering diabaikan tetapi ia sangat penting   Sat Nov 13, 2010 3:55 pm

Terpanggil saya untuk mengingatkan kepada semua warga SBF secara tak langsung menyedarkankan kepada semua, jagalah kesihatan anda. Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Mungkin kepada orang yang tidak pernah merasakan sakit teruk akan menganggap peringatan seperti ini adalah sia2. Tetapi kepada yang pernah marasakannya, peringatan seperti ini amat berharga kepadanya. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah terkena strok, sakit jantung, kolesterol tinggi, kencing manis, gout, darah tinggi atau apa2 juga penyakit, adakah mereka ini suka dan gembira semasa menghidapinya?. Keperitan yang dirasakan amat sukar untuk diungkap dengan kata2. Mereka semua memerlukan penyelesaian dan seandainya ada sesiapa yang dapat menyelesaikannya, itulah perkara yang tidak akan dilupakannya seumur hidupnya, selagi hayat dikandung badan.

Semua itu pernah saya lalui dan saya memang seorang yang amat menghargainya. Saya adalah seorang yang telah disahkan oleh doktor sebagai seorang yang mempunyai kolesterol tinggi, tetapi penyakit seperti itu pada mulanya tidak pernah merisaukan saya, sehingga beberapa bulan kemudiannya, saya disahkan darah tinggi, mengalami simptom jantung dan doktor mengatakan bila2 masa saja saya boleh terkena strok. Pada waktu itu kehidupan saya jadi tidak keruan, wang ringgit yang saya kumpul bertahun-tahun sebelum ini habis hanya untuk mencari penyelesaian. Perniagaan semakin merosot akibat kurangnya tumpuan terhadap berniaga. Waktu itu Hospital menjadi kawan karib, sering membuat temujanji. Namun bertahun-tahun saya berkawan dengannya, tiada penyelesaian, malah temujanji semakin kerap dan makanan (ubat) yang diberikan semakin bertambah bila pulang dari menemuinya. Apakah doktor tidak dapat membantu saya? persoalan seperti itu sering menghantui saya, apa yang saya fikirkan pada waktu itu, hanya menanti, bila saya akan terkena penyakit yang lebih teruk, atau mungkin mati.

Atas dasar itu, saya cuba mencari penyelesaian sendiri, walaupun masih menggunakan ubat yang doktor berikan, saya tetap mencari rawatan lain sehingga pada bulan 4/2010 saya berkenalan dengan seorang bekas pesakit jantung, itupun melalui internet, menceritakan pengalamannya dan telah sihat sekarang. Pada waktu itu saya merasa hairan kenapa dia boleh sihat sedangkan saya masih macam tu juga. Menurut katanya masalah utama kerana saluran darah sudah banyak yang tersumbat jadi kena bersihkan dulu saluran darah. Kerana termakan pujuk, saya cuba juga produk yang dia perkenalkan kepada saya.
Dia terus memantau saya supaya terus menggunakan produk tersebut sehingga sebulan selepas itu, perubahan ke atas diri saya amat berbeza, saya semakin cergas dan pemeriksaan doktor mengesahkan masalah saya menuju ke arah positif. Apa yang pasti keraguan saya tentang produk tersebut hilang sama sekali, saya gunakan produk tersebut seterusnya sehingga 2 bulan lagi selepas itu, sehinggalah masalah yang saya hidapi sampai ke tahap normal.

Saya amat bersyukur kerana masalah saya telah selesai, produk tersebut saya terus gunakan bagi menjaga kesihatan saya agar tidak berulang, kerana produk tersebut dapat menjaga kesihatan dengan membersihkan saluran darah kita agar kita tidak terkena penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, darah tinggi, kolesterol, gout, sembelit, migrain dan bermacam lagi penyakit masa kini. Berita baiknya, produk tersebut pada waktu itu 8/2010 masih tiada lagi di Sabah, masih kurang orang mengenalinya. Atas saranan beliau, Awal 9/2010 saya mengambil keputusan cuba membawanya di Sabah dan memperkenalkannya di Sabah dan syukur, ada beberapa orang pengguna di Sabah yang telah menggunakannya turut sama berterimakasih setelah menggunakannya.

Saya amat menyarankan agar semua warga SBF dapat menghargai kesihatan dan cegahlah sebelum ia parah atau sehingga kita terkena seperti apa yang saya hidapi. Semalam saya melihat orang No 1 Malaysia (Perdana Menteri Kita) di dalam TV3 menyarankan kita menjaga kesihatan kerana ia sendiri hanya menyedarinya setelah ia sendiri merasai sakit dan sekarang telah sembuh. Sungguhpun begitu, anda semua masih ada peluang untuk menyedarinya kerana masih ada orang yang tolong sedarkan. Jangalah nanti, setelah kita asyik memikirkan hanya mencari duit atau hanya mengambil tahu hal2 semasa semua itu menjadi sia-sia, mungkin duit itu hanya untuk rawatan kita belakang hari setelah kita sakit atau mungkin kita yang terpaksa tinggalkan duit itu walaupun telah banyak kita kumpul kerana kita sakit atau menemui ajal.

Sekian.
Back to top Go down
http://www.taslysabah.com
aziel70
Newbie
Newbie


Male
Number of posts : 17
Age : 46
Location : Sepangar Kota Kinabalu
Job/hobbies : Business
Points : 21
Registration date : 2010-11-13

PostSubject: Re: Sering diabaikan tetapi ia sangat penting   Sat Nov 13, 2010 5:14 pm

Untuk sesiapa saja warga SBF yang inginkan pemeriksaan kesihatan saluran darah mikro menggunakan mesin mikroperedaran, boleh hubungi saya. Semuanya PERCUMA khas buat warga SBF
Back to top Go down
http://www.taslysabah.com
aziel70
Newbie
Newbie


Male
Number of posts : 17
Age : 46
Location : Sepangar Kota Kinabalu
Job/hobbies : Business
Points : 21
Registration date : 2010-11-13

PostSubject: Re: Sering diabaikan tetapi ia sangat penting   Mon Nov 15, 2010 2:49 am

Kekadang terfikir pulak, kenapa ramai orang kurang memberi perhatian pada kesihatan. Mereka sering menganggap kesihatan hanya perlu apabila sakit. Tetapi sebenarnya kesihatan perlu dijaga sebelum kita sakit kerana kalau sudah sakit, buruk padahnya. itupun kalau sakit, kalau sakit sempat dirawat, kalau tak sempat, ko la jawabnya.

Tapi, walaupun begitu saya sedar, memang itu sikap manusia kerana dulu, saya pun seperti itu. Dah kena baru nak sedar, nasib baik ada peluang kedua untuk saya masih hidup sehingga sekarang kalau tidak, tiadalah saya sekarang. Oleh itu, apa yang dapat dilakukan, hanya menyedarkan orang ramai betapa pentingnya kesihatan dan saya tidak terkilan kalau ada orang tidak mengambil berat sebab memang itu sikap manusia. Tunggu kena baru nak sedar. Tapi kalau dah sakit nanti boleh cari saya....... mana tau ada penawarnya....hehehe
Back to top Go down
http://www.taslysabah.com
aziel70
Newbie
Newbie


Male
Number of posts : 17
Age : 46
Location : Sepangar Kota Kinabalu
Job/hobbies : Business
Points : 21
Registration date : 2010-11-13

PostSubject: Re: Sering diabaikan tetapi ia sangat penting   Tue Nov 16, 2010 2:35 pm

Pernahkah anda lihat pesakit kencing manis, pesakit jantung, strok, migrain, darah tinggi, kolesterol, gout atau apa jua penyakit kronik sembuh dan dapat melalui rutin hidup mereka seperti dulu setelah menhidapinya dan telah mendapatkan rawatan di hospital? Pada kebiasaannya memang tiada, malah apabila penyakit tersebut telah wujud di dalam diri seseorang, apa yang pasti, ia terpaksa melalui masa2 yang penuh dengan peraturan. Harus datang ke hospital bagi melengkapkan temujanji dengan doktor supaya doktor dapat melihat perkembangan tentang penyakitnya. Apa yang pasti, semakin lama dalam rawatan, ubat juga semakin bertambah seiring dengan tempoh masa rawatan.

Kepada pesakit, oleh kerana teringin baik, pasti mematuhi nasihat doktor, makan ubat mengikut peraturan yang diberikan, membuat segala arahan yang diberikan oleh doktor, namun setelah sekian lama mengikuti segala nasihat doktor, terutama kepada pesakit kencing manis, luka di kaki yang sebelum ini kecil, akhirnya kaki perlu dipotong. Mengapa ini terjadi?.

Amat jarang kita bertanya kepada doktor kerana kita berangapan doktor adalah penyelamat kepada kita, tetapi apa yang pasti, hanya itukah sahaja kemampuan doktor yang kita anggap sebagai penyelamat tersebut? Itulah sebabnya kita perlu kepada rawatan alternatif kerana telah banyak bukti menunjukkan, rawatan alternatif herba moden dapat membantu menyelesaikan masalah penyakit yang doktor sendiri tidak dapat berbuat apa2.
Back to top Go down
http://www.taslysabah.com
aziel70
Newbie
Newbie


Male
Number of posts : 17
Age : 46
Location : Sepangar Kota Kinabalu
Job/hobbies : Business
Points : 21
Registration date : 2010-11-13

PostSubject: Re: Sering diabaikan tetapi ia sangat penting   Thu Nov 25, 2010 11:34 am

Ini nak bagi info sedikit tentang kesihatan jantung hehehe.... mana tau ada maklumat berguna terutama berkaitan dengan serangan jantung, jangan sampai nanti dah dapat tanda2 tapi tak ambil peduli lepas tu sedar2 dah hidup di dunia lain.

Apa itu jantung?

Jantung merupakan sebuah organ otot yang kuat, lebih kurang bersaiz satu genggaman. Ia terletak di tengah dada. Di dalam seorang dewasa yang sihat dan sedang berehat, jantung berdegup lebih kurang 72 kali seminit. Tugas jantung ialah untuk mengepam darah ke semua bahagian tubuh melalui pembuluh darah (tiub nipis, elastik) yang dipanggil arteri dan vena. Arteri membawa darah yang diisi dengan oksigen serta lain-lain zat ke tubuh: vena membawa darah "yang telah digunakan" dari tubuh balik semula ke jantung.
Apa itu serangan jantung?


Serangan Jantung ialah istilah orang biasa bagi infarksi miokardium. Ia berlaku apabila darah yang mengalir ke bahagian jantung dihalang sepenuhnya oleh darah beku atau plak kolestrol. Seseorang akan merasa terlalu sakt apabila ini berlaku kerana otot jantung telah rosak.

Siapa yang berisiko untuk mendapat serangan jantung?

Mereka dengan faktor-faktor risiko berikut lebih cenderong untuk mendapat serangan jantung:

*Jumlah kolestrol yang tinggi di dalam darah
Jantung perlu mengepam lebih cepat dan kuat untuk menolak darah melalui pembuluh darah yang sempit. Paras kolestrol yang tinggi serta lemak tepu di dalam darah menyebabkan pembuluh darah ini menjadi sempit.

*Tekanan darah tinggi
Tekanan darah merupakan satu paksaan darah ke atas dinding pembuluh darah. Tekanan darah tinggi akan meningkatkan paksaan ini dan merosakkan lapisan licin pembuluh darah. Kolestrol dan lemak akan terbentuk di sepanjang dinding yang telah rosak dan menyumbat lumen. Akibatnya, jantung perlu mengepam lebih kuat untuk menolak darah melalui pembuluh yang sempit ini.

*Merokok
Karbon monoksida dan nikotin di dalam rokok menafikan sel-sel daripada mendapat oksigen. Jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk membekal oksigen ke sel-sel. Merokok juga menggalakkan deposit plak di dalam pembuluh darah dan meningkatkan risiko pembentukan darah beku.

*Kurang bersenam
Kurang bersenam membuat tubuh menjadi menggeleber. Apabila jantung anda tidak sihat, anda mempunyai kemungkinan yang berganda untuk mendapat serangan jantung berbanding dengan mereka yang sihat dan cergas.

*Gemuk
Jantung orang gemuk perlu mengepam darah dengan lebih keras dan perlu lebih oksigen untuk berfungsi.

*Tekanan(stress)
Tubuh bertindak kepada tekanan dengan menghasilkan lebih banyak adrenalin. Ini membuat jantung mengepam lebih kuat dan cepat. Lebihan pam ini membuat pembuluh darah menjadi ketat dan sempit.

*Penyakit kencing manis
Paras gula yang tinggi di dalam darah mempercepatkan penyempitan dan penebalan pembuluh darah. Ini menyebabkan pengurangan pengaliran darah ke jantung.

*Jantina
Peluang untuk mendapat serangan jantung adalah lebih tinggi di kalangan kaum lelaki.

*Usia
Peluang untuk mendapat serangan jantung meningkat dengan usia kerana pembuluh darah menjadi sempit apabila kita semakin berusia.

*Keturunan
Peluang untuk anda mendapat serangan jantung adalah lebih tinggi jika anggota keluarga anda mempunyai sejarah menghidapi penyakit jantung.

Tanda-tanda amaran serangan jantung

Anda mungkin sedang mengalami serangan jantung jika anda merasa salah satu daripada tanda-tanda berikut:

* Kesakitan dan atau tekanan di bahagian tengah dada anda yang memakan masa lebih dari beberapa minit, ia mungkin datang dan pergi
* Kesakitan yang merebak ke bahu, leher, rahang atau lengan anda
* Merasa seperti hendak pengsan atau sesak nafas
* Loya atau "merasa sakit di perut anda"
* Berpeluh dengan banyaknya

Kalau dah ada tanda2 ni..... lebih baik cepat2 periksa doktor.... hehehe[i]
Back to top Go down
http://www.taslysabah.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Sering diabaikan tetapi ia sangat penting   Today at 1:28 pm

Back to top Go down
 
Sering diabaikan tetapi ia sangat penting
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SABAH :: SBF Front Desk :: Berkenalan Ahli Baru-
Jump to: