SABAH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SABAH

HomeHome  Portal*Portal*  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  
Selamat datang ke SBF, laman web berinfo dan membina minda rakyat Sabah ke arah perkongsian idea serta penggalakan pembangunan minda individu secara positif. Terdapat topik popular dalam forum ini yang hanya boleh diakses oleh ahli berdaftar sahaja. Semua lagu yang terdapat dalam laman web ini merupakan promosi sahaja. Sila ke kedai yang berhampiran untuk mendapatkan lagu tersebut. Semua post yang tidak sesuai atau melanggar peraturan berforum juga akan dipadam serta-merta demi menjaga nama baik SBF. Selamat berforum. Terima kasih. Admin SBF

 Khasiat buah kurma

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Monkey
SBF Advisor
SBF Advisor
Monkey

Male
Number of posts : 1370
Age : 111
Location : ..
Job/hobbies : ..
Points : -47
Registration date : 2008-06-03

Khasiat buah kurma Empty
PostSubject: Khasiat buah kurma   Khasiat buah kurma Icon_minitimeTue Sep 09, 2008 6:33 pm

Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar
tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit
sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat
pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya
dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian
seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda
Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma seperti
rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah
kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0
hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini
menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna
apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.
Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan
gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap
terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar
menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama
12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini
memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih.
Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan
atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi
masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan
mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai
makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk
mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A
dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada
peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak
dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf
kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu,
yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau
memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta
bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan,
letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan
hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding.
Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah
menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam
surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma
dan anggur untuk kamu. Di sana kamu
peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan."

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika
sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang
dimakan."

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah
datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas
dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s. Dalam
bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia
amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk
seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar
penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan
penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.

Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar
selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan
kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem,
sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma
baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan
yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang
boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Sumber : http://www.mypendidik.net/portal/index.php
Back to top Go down
http://jiwang.la/ratu17
osmangbinladeng
Senior SBF
Senior SBF
osmangbinladeng

Number of posts : 318
Points : -9
Registration date : 2008-05-02

Khasiat buah kurma Empty
PostSubject: Re: Khasiat buah kurma   Khasiat buah kurma Icon_minitimeWed Sep 10, 2008 3:57 am

Monkey wrote:

satu lagi BB..kurma ni bleh melambatkan ejekulasi di bulan ramadhan...itu pun mau makan satu tandan... Laughing
Back to top Go down
Monkey
SBF Advisor
SBF Advisor
Monkey

Male
Number of posts : 1370
Age : 111
Location : ..
Job/hobbies : ..
Points : -47
Registration date : 2008-06-03

Khasiat buah kurma Empty
PostSubject: Re: Khasiat buah kurma   Khasiat buah kurma Icon_minitimeWed Sep 10, 2008 5:26 pm

Ko cuba dulu makan satu tandan dan cuba .xxxx.. tenguk hasil dia..lepas tu, jangan lupa kasih masuk testimoni ko sini...anggaplah ko jadi tikus putih... Razz
Back to top Go down
http://jiwang.la/ratu17
osmangbinladeng
Senior SBF
Senior SBF
osmangbinladeng

Number of posts : 318
Points : -9
Registration date : 2008-05-02

Khasiat buah kurma Empty
PostSubject: Re: Khasiat buah kurma   Khasiat buah kurma Icon_minitimeFri Sep 12, 2008 3:54 am

Monkey wrote:
Ko cuba dulu makan satu tandan dan cuba .xxxx.. tenguk hasil dia..lepas tu, jangan lupa kasih masuk testimoni ko sini...anggaplah ko jadi tikus putih... Razz
ui BB keluar tajuk nie sudah...heheheheh
Back to top Go down
Monkey
SBF Advisor
SBF Advisor
Monkey

Male
Number of posts : 1370
Age : 111
Location : ..
Job/hobbies : ..
Points : -47
Registration date : 2008-06-03

Khasiat buah kurma Empty
PostSubject: Re: Khasiat buah kurma   Khasiat buah kurma Icon_minitimeSat Sep 13, 2008 5:40 am

osmangbinladeng wrote:
Monkey wrote:
Ko cuba dulu makan satu tandan dan cuba .xxxx.. tenguk hasil dia..lepas tu, jangan lupa kasih masuk testimoni ko sini...anggaplah ko jadi tikus putih... Razz
ui BB keluar tajuk nie sudah...heheheheh

off topik : sa punya suka lah...sa punya tajuk hehehe..( sorry tuan admin, datang balik sa punya jajal ni)...
Back to top Go down
http://jiwang.la/ratu17
Monkey
SBF Advisor
SBF Advisor
Monkey

Male
Number of posts : 1370
Age : 111
Location : ..
Job/hobbies : ..
Points : -47
Registration date : 2008-06-03

Khasiat buah kurma Empty
PostSubject: Re: Khasiat buah kurma   Khasiat buah kurma Icon_minitimeSat Sep 13, 2008 5:43 am

ada satu lagi...bagi isteri isteri yang sedang mengandung, juga digalakkan mengamalkan makan buah kurma.....alamak, sa lupa pula pasal apa..nanti sa baca kitab keramat sa balik laa..
Back to top Go down
http://jiwang.la/ratu17
Borneo
VIP Moderator
VIP Moderator
Borneo

Number of posts : 950
Location : North Borneo
Points : 266
Registration date : 2008-02-23

Khasiat buah kurma Empty
PostSubject: Re: Khasiat buah kurma   Khasiat buah kurma Icon_minitimeSat Sep 13, 2008 11:06 am

Back to top Go down
Sponsored content

Khasiat buah kurma Empty
PostSubject: Re: Khasiat buah kurma   Khasiat buah kurma Icon_minitime

Back to top Go down
 
Khasiat buah kurma
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SABAH :: Umum :: Religions & Beliefs :: Islam-
Jump to: