SABAH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SABAH


 
HomeHome  Portal*Portal*  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  
Selamat datang ke SBF, laman web berinfo dan membina minda rakyat Sabah ke arah perkongsian idea serta penggalakan pembangunan minda individu secara positif. Terdapat topik popular dalam forum ini yang hanya boleh diakses oleh ahli berdaftar sahaja. Semua lagu yang terdapat dalam laman web ini merupakan promosi sahaja. Sila ke kedai yang berhampiran untuk mendapatkan lagu tersebut. Semua post yang tidak sesuai atau melanggar peraturan berforum juga akan dipadam serta-merta demi menjaga nama baik SBF. Selamat berforum. Terima kasih. Admin SBF

 

 Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Aliahzakaria
Newbie
Newbie



Female
Number of posts : 2
Age : 49
Location : WP
Job/hobbies : Herbologist
Points : 23
Registration date : 2011-01-21

Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap Empty
PostSubject: Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap   Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap Icon_minitimeWed Jan 11, 2012 6:46 pm

Statistik WHO tentang kesihatan reproduksi wanita menunjukkan 75% wanita di dunia pasti mengalami vaginitis sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan 45% diantaranya pernah mengalaminya sebanyak dua kali atau lebih.

Simptom-simptom seperti keluarnya cairan dari vagina diikuti rasa gatal, iritasi, nyeri ketika melakukan hubungan intim, sakit pada ari-ari, bau yang tidak menyenangkan dan kadangkala terjadi pendarahan dari vagina.
Setiap wanita di seluruh dunia pasti pernah mengalami vaginitis walaupun hanya sekali seumur hidupnya. Ironinya, ramai wanita gagal memahami punca keadaan ini berlaku dan mula merasa tertekan, bingung, bercelaru, rasa rendah diri, marah, sebak dan bermacam-macam perasaan serta emosi yang negatif. Sementelahan lagi wanita yang sedang hamil atau remaja yang belum berkahwin dan belum pernah mendapat pendedahan seksual. Mereka cuma memahami keadaan ini sebagai keputihan.

Mengapa Wanita seringkali mengalami masalah ini ?

Antara sebab-sebab perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh kurangnya keperihatinan atau mungkin terdapat sedikit kekeliruan terhadap satu-satunya organ yang sangat penting untuk wanita

Ramai wanita tidak memahami fungsi organ kewanitaannya sehingga secara khusus tidak memberi perhatian terhadap organ tersebut.
Selalu berperasaan bahawa tidak ada masalah terhadap organ kewanitaannya, membuatkan para wanita kurang menjaga kesihatan organ kewanitaan mereka.
Wanita lebih berminat merawat wajah daripada organ kewanitaannya.
Kurangnya informasi mengenai gejala penyakit yang bakal timbul jika tidak menjaga organ yang satu ini
Tidak peka pada pengunaan ubat-ubatan, kimia, diet dan persekitaran yang kondusif bagi flora bakteria di dalam vagina.

Ketidakperihatinan tentang masalah vaginitis ini jika berterusan akan menyumbang kepada permasalahan yang lebih besar. Sebagai contoh vaginitis yang tidak dirawat boleh mengakibatkan banyak komplikasi lain seperti kelahiran pra matang, barah serviks, rosaknya tiub fallopian, mengandung luar rahim dan sebagainya.

Bagaimana Sindrom ini Terbentuk

Dibandingkan dengan organ seksual lelaki, kedudukan organ seksual wanita lebih tersembunyi dan sukar untuk diamati oleh yang empunya diri sendiri sehingga memerlukan perhatian yang lebih sedikit dalam penjagaanya.

Jika diambilkira latarbelakang seseorang wanita yang datang dari keluarga masyarakat Melayu Islam, maka tidak hairanlah wanita itu sendiri kurang pendedahan dari aspek penjagaan organ kewanitaannya disebabkan oleh perasaan malu hendak bertanya, terlalu berahsia dan di dalam kebanyakkan keluarga Melayu Islam juga didapati ianya menjadi satu perkara yang taboo dan kurang sopan jika dibicarakan secara terbuka.

Akibatnya, ramai wanita tidak mendapat informasi yang tepat dan sering keliru tentang aspek kesihatan organ kewanitaanya yang akhirnya menjadikan mereka kurang perihatin dengan penjagaanya. Maka secara psikologi terbentuklah satu sindrom baru dalam kehidupan wanita itu sendiri yang menggabungkan penderitaan emosi dan rohani juga digelar sindrom “derita dalam senyap”

Didapati lebih ramai wanita dikalangan yang belum berkahwin menghadapi sindrom ini tetapi merahsiakannya daripada pengetahuan orang lain atau ibubapa disebabkan perasaan malu dan taboo tadi. Masalah vaginitis ini akan terus membelenggu kehidupan seharian mereka sehinggalah mereka berusaha untuk merawatnya samada dengan cara perubatan moden ataupun perubatan alternatif herba yang banyak terdapat dipasaran.


Bagi anda yang mengalami masalah kesihatan/keputihan,sila ajukan soalan atau pertanyaan diruang catat ulasan.Saya akan cuba membantu jika ianya mengenai jangkitan dan rawatan kesihatan/keputihan wanita.Bagi yang merasa malu atau inginkan privasi boleh lah hantar email kepada saya dialamat email drsalwa@doktorherba.com
Back to top Go down
Http://www.doktorherba.com
tennislim
Newbie
Newbie



Male
Number of posts : 10
Age : 42
Location : Kuala Lumpur
Job/hobbies : Fishing
Points : 10
Registration date : 2012-01-12

Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap Empty
PostSubject: Re: Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap   Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap Icon_minitimeThu Jan 12, 2012 8:56 am

betulkeh??? macam seriuos sangat tu
Back to top Go down
https://www.facebook.com/tennislim
Borneo
VIP Moderator
VIP Moderator
Borneo


Number of posts : 950
Location : North Borneo
Points : 266
Registration date : 2008-02-23

Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap Empty
PostSubject: Re: Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap   Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap Icon_minitimeSun Jan 15, 2012 4:56 pm

Kepada kaum wanita yang mengalami sindrom yang dinyatakan di atas seharusnya janganlah merahsiakannya hingga ke peringkat kronik. Berjumpalah dengan doktor pakar dan jangan biar umpama nasi menjadi bubur. Diri sendiri juga yang merana.
Back to top Go down
Sponsored content





Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap Empty
PostSubject: Re: Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap   Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap Icon_minitime

Back to top Go down
 
Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kejelasan gambar dalam Youtube.com
» Kerjaya dalam Mengecat Kereta
» Fungsi Kampung2 Dalam Pemuliharan Alam Sekitar
» RAKYAT SABAH HARUS DI BERI PELUANG MENDAPATKAN PELUANG PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM ATAS SBG HADIAH ATAS KESETIAAN RAKYAT SABAH DLM PRU KE12

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SABAH :: Umum :: Ladies Talk-
Jump to: