SABAH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SABAH


 
HomeHome  Portal*Portal*  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  
Selamat datang ke SBF, laman web berinfo dan membina minda rakyat Sabah ke arah perkongsian idea serta penggalakan pembangunan minda individu secara positif. Terdapat topik popular dalam forum ini yang hanya boleh diakses oleh ahli berdaftar sahaja. Semua lagu yang terdapat dalam laman web ini merupakan promosi sahaja. Sila ke kedai yang berhampiran untuk mendapatkan lagu tersebut. Semua post yang tidak sesuai atau melanggar peraturan berforum juga akan dipadam serta-merta demi menjaga nama baik SBF. Selamat berforum. Terima kasih. Admin SBF

 

 More Push For Tourism Under SDC

Go down 
AuthorMessage
Lady_Evarna
Newbie
Newbie
Lady_Evarna


Female
Number of posts : 77
Age : 35
Location : jesselton
Job/hobbies : Travel
Points : 0
Registration date : 2008-06-05

More Push For Tourism Under SDC Empty
PostSubject: More Push For Tourism Under SDC   More Push For Tourism Under SDC Icon_minitimeThu Sep 18, 2008 11:31 am

Businessman Mohd Redzuan Sufian was amazed with the frequency of flights cruising the sky while he was having his dinner at the Waterfront, the popular hangout for both locals and visitors alike here.

The thunderous sound of airplanes taking off from the Kota Kinabalu International Airport, located about 10 km from the city centre, is too great to go unnoticed.

"How many are there (planes)? It has only been about 10 or 15 minutes....a few I think," the Shah Alam-based contractor asked his Sabahan friend Sharif Baba.

"A lot of them stop here. It's one of the busiest airports, you know. And these flights must be carrying most of the people here (Waterfront)," said Sharif, referring to the visitors at the dining centre.

Sabah is becoming more popular among tourists, registering about 2.478 million tourist arrivals last year.

Currently, the average length of stay of domestic and international visitors is three nights and 8.2 nights respectively.

Tourism looks set to be the state's main economic driver with the launch of the Sabah Development Corridor (SDC) as Sabah, bestowed with abundant natural attractions, has great potential to be a world-class tourist destination.

Among the SDC's highlights in tourism development is to market Sabah as an exclusive holiday home destination, develop new tourism products anchored by signature resorts, encourage rural participation through community-based tourism and develop a one-district one-product programme.

According to the SDC blueprint, renowned signature resorts such as Four Seasons, Ritz-Carlton, Shangri-La and Bvlgari will be roped in to anchor new tourism products such as spa and wellness tourism in Kundasang and marine tourism in the islands.

The signature resorts will conduct their own market research and attune to what their customers want.

Malaysian International Chamber of Commerce & Industry (MICCI) Sabah chairman Datuk A. Arulpragasam said more hotels, especially in the three-star and four-star categories, need to be constructed to accommodate the higher rate of arrivals.

"Tourism is certainly going to boom. It's not that the current hotels are insufficient. But when more people and tourists come, they need a place to stay and we need more places to accommodate them," he added.

The state currently has 287 hotels with 12,367 rooms.

With a membership of 86, MICCI Sabah helps to promote trade, investment and tourism in the state.

Kota Kinabalu International Airport (KKIA), the second busiest in Malaysia, is serviced by 304 domestic flights and 110 international flights a week.

With the KKIA expansion exercise due to be completed this year, plans are underway to increase the number of flights to the airport.

"We can expect more traffic once the work at the airport is completed," said Institute for Development Studies (IDS) Sabah executive director Datuk Mohd Yaakob Johari. IDS Sabah is the consultant for the SDC blueprint.
Back to top Go down
http://www.myspace.com/caroldanieallafernandez
Lady_Evarna
Newbie
Newbie
Lady_Evarna


Female
Number of posts : 77
Age : 35
Location : jesselton
Job/hobbies : Travel
Points : 0
Registration date : 2008-06-05

More Push For Tourism Under SDC Empty
PostSubject: Re: More Push For Tourism Under SDC   More Push For Tourism Under SDC Icon_minitimeThu Sep 18, 2008 11:33 am

looks like we made it..but they opened at kundasang
open at KK much more better
Back to top Go down
http://www.myspace.com/caroldanieallafernandez
Lady_Evarna
Newbie
Newbie
Lady_Evarna


Female
Number of posts : 77
Age : 35
Location : jesselton
Job/hobbies : Travel
Points : 0
Registration date : 2008-06-05

More Push For Tourism Under SDC Empty
PostSubject: Re: More Push For Tourism Under SDC   More Push For Tourism Under SDC Icon_minitimeThu Sep 18, 2008 11:36 am

SDC lonjak industri pelancongan Sabah

Sabah yang kaya dengan keindahan alam semula jadi mempunyai banyak kelebihan untuk menarik kedatangan pelancong setiap tahun.

--------------------------------------------------------------------------------



KOTA KINABALU 23 Jan. - Sabah cukup terkenal sebagai destinasi pelancongan kerana memiliki pelbagai produk menarik untuk ditawarkan kepada pengunjung.

Negeri yang dikurniakan dengan tanah tinggi terbentang luas dan pantai yang panjang menjadikannya antara destinasi pelancongan alam semula jadi paling menarik di rantau ini.

Sebut sahaja apa yang diingini, sektor pelancongan di negeri ini boleh menyediakan senarai panjang daripada mendaki puncak tertinggi di Asia Tenggara yang menyajikan panorama indah, turun ke lembah memukau, meneroka hutan semula jadi dan kekayaan kepelbagaian khazanah tidak terusik sehingga kepada keindahan dasar laut yang penuh warna-warni.

Tidak sekadar itu, kedudukan Sabah yang strategik turut membolehkannya menawarkan destinasi percutian kepada lebih 77 juta penduduk di rantau Asia yang boleh tiba ke Kota Kinabalu pada bila-bila masa dengan penerbangan antara tiga hingga enam jam sahaja.

Negara yang terlibat seperti selatan China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Singapura, Brunei dan Filipina.

Malah, potensi pasaran pelancongan di Sabah dijangka lebih besar jika dilihat ketibaan pelawat di beberapa hab penerbangan seperti Kuala Lumpur, Hong Kong, Singapura dan Bangkok yang mencecah 34.5 juta orang setahun.

PelawatPada masa ini Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menerima 12 penerbangan terus antarabangsa tidak termasuk penerbangan tempatan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Labuan.

Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri menyasarkan kedatangan pelancong pada tahun ini 2.8 juta dan dijangka mampu menjana pendapatan kepada negeri sebanyak RM3.4 bilion.

Menurut beliau, ia tidak mustahil dicapai jika dilihat kadar peningkatan pelancong dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang begitu memberangsangkan dengan peningkatan 17.4 peratus yang dicatat dalam rekod kedatangan antara Januari hingga November tahun lalu berbanding tempoh yang sama tahun 2005.

Sepanjang 11 bulan tahun lalu Sabah menerima pelancong seramai 2.18 juta berbanding 1.86 juta dalam tempoh yang sama 2006. Jika dibandingkan kedatangan pelancong sepanjang tahun 2005 pula, negeri ini menerima 1.34 juta pelancong dan meningkat sebanyak 25.5 peratus atau 2.09 juta sepanjang tahun 2006.

Masidi berkata, dengan pelancaran Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang turut menjadikan sektor pelancongan sebagai antara fokus utama pembangunan negeri, pastinya akan memberi banyak manfaat kepada pertumbuhan industri pelancongan negeri.

"Melalui usaha dan sokongan pelbagai pihak terhadap aktiviti pelancongan ini serta pelancaran SDC kita yakin sasaran untuk meraih sehingga empat juta pelancong menjelang tahun 2010 bakal tercapai.

"Momentum peningkatan pelancongan ke Sabah akan diperkukuhkan dengan promosi berterusan di pasaran tradisi seperti Eropah, Australia, China, Korea Selatan, Jepun dan Singapura," katanya.

Beliau turut menarik perhatian bahawa usaha juga dilaksanakan bagi meneroka pasaran baru pelancong di negara seperti India dan Asia Barat dengan menawarkan prasarana membeli-belah selari dengan minat pelancong dari wilayah tersebut.

Katanya, pada masa ini Kota Kinabalu mempunyai sembilan pusat membeli-belah dan yakin pembukaan One Borneo yang merupakan kompleks membeli-belah terbesar di Malaysia Timur pertengahan tahun ini mampu melengkapkan lagi tarikan pelancongan di Sabah.

Kompleks membeli-belah itu menyediakan kemudahan pasar raya besar dengan keluasan 11,000 meter persegi, empat hotel antarabangsa, empat blok kondominium, panggung wayang, 10,000 meter persegi kawasan pameran dan 11,600 meter persegi pusat yang mempamerkan 500 spesies hidupan laut.

Sementara projek pembesaran KKIA yang menelan belanja RM1.4 bilion dan dijadual siap sepenuhnya pada April 2009 akan turut menjadi pemangkin kepada kemajuan pelancongan di Sabah.

ProjekPada masa ini kerja-kerja sedang rancak berjalan, malah bangunan baru mula digunakan bagi tujuan pelepasan penumpang pada 22 Januari lalu. Ia kemudian akan beroperasi secara berperingkat sehinggalah siap sepenuhnya tahun depan.

Turut sedang rancak dilaksanakan sekarang ialah menaik taraf landskap sekitar kawasan pesisiran laut bermula dari hadapan bangunan Warisan Square hingga hadapan Plaza Wawasan bagi memastikan para pelancong dapat menikmati suasana Laut China Selatan lebih selesa.

Malah pembangunan dari Jeti Jesselton dengan mewujudkan Pusat Konvensyen Integrasi Kinabalu bakal menawarkan wajah baru bandar raya ini dengan kemudahan kelas dunia kepada pengunjung sama ada bagi tujuan perniagaan dan sebagainya.

Perkembangan itu menyebabkan kerajaan negeri memerlukan 6,000 bilik hotel bagi memenuhi keperluan perkembangan pelancongan di negeri ini menjelang 2010 dan bagi mencapai hasrat itu, tentu sekali memerlukan penyertaan agresif daripada sektor swasta.

Sambutan sektor swasta tidak mengecewakan apabila pelaburan dalam pembinaan hotel-hotel baru begitu rancak di Sabah.

Beberapa hotel bertaraf antarabangsa kini sedang disiapkan dan tentu sekali SDC akan lebih meyakinkan pelabur lain untuk turut serta meneroka peluang yang ada di negeri di bawah bayu ini.

Produk pelancongan di Sabah terbahagi kepada beberapa bahagian seperti sumber alam semula jadi dan hidupan liar; pengembaraan lasak; budaya dan warisan; hiburan dan membeli-belah.

Bagi sumber alam semula jadi dan hidupan liar, Sabah menawarkan tempat menarik seperti Gunung Kinabalu di kawasan Taman Kinabalu yang diwartakan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai salah satu daripada 12 Tapak Warisan Dunia.

Di negeri ini terdapat pulau-pulau yang tercantik di dunia seperti Pulau Sipadan yang menjadi kegilaan para penyelam selain pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman dan Taman Tun Sakaran.

Masidi berkata, masih terdapat 42 buah pulau yang setanding atau lebih cantik daripada Pulau Sipadan yang belum diteroka dan tentunya berpotensi untuk diketengahkan kepada pelancong.

Turut menjadi tarikan alam semula jadi Sabah ialah Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok di Sandakan; Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Tabin, Lembah Danum; Pulau Penyu Selingan; Maliau Basin yang lebih dikenali sebagai 'The Lost World', Gua Gomantong dan Santuari Hidupan Liar Kinabatangan Bawah.

Bagi produk bercorak aktiviti pengembaraan, ia meliputi aktiviti menyelam di Pulau Sipadan, Mantanani dan Kapalai; trekking di Taman Kinabalu, Taman Banjaran Croker, Gunung Trusmadi dan Maliau Basin; berakit di Sungai Kiulu dan Sungai Padas serta pengembaraan lasak kenderaan pacuan empat roda.

Paling menarik ialah pelancong boleh menghayati segmen budaya dan warisan memandangkan negeri ini unik dengan kepelbagaian kaum kerana dikatakan terdapat lebih 32 suku yang tinggal di beberapa kawasan dan mewarisi perbezaan cara hidup, pakaian, perayaan, tarian dan muzik.

Hasil kraf tangan mereka boleh dilihat di pusat pameran seperti Muzium Sabah, Kawasan Arkeologi Tingkayu, Rumah Panjang Rungus di Matunggong, Perkampungan Air Mengkabong di Tuaran, Pesta Tahunan Kaamatan, Regatta Lepa-Lepa di Semporna dan Pusat Kebudayaan Murut di Tenom.

Dalam keghairahan meningkatkan sektor pelancongan itu, suatu yang tidak dilupakan ialah kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan projek pembangunan yang dilaksanakan tidak sesekali mencemar serta merosakkan alam sekitar yang ada.

Bagi merealisasikan hasrat itu, kerajaan negeri antara lain menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan di Pulau-Pulau bagi memastikan kawasan pulau yang berpotensi untuk pelancongan tidak tercemar atau terjejas akibat pembangunan tidak terkawal.

"Sabah mempunyai lebih 500 buah pulau yang unik dan berpotensi sama ada dalam aspek pelancongan atau perikanan. Sebelum ini kebanyakan pembangunan atas pulau selain di bawah kawalan agensi kerajaan negeri, pembangunan dilaksana tanpa memberi perhatian kepada had tampung.

"Keadaan itu boleh membawa kesan negatif jangka panjang ke atas pulau dan perairan sekitarnya yang mengakibatkan penurunan nilai-nilai estetika pulau selain merosakkan kualiti alam sekitar dari segi fizikal dan ekosistem marin," katanya.

Sehubungan itu, adalah sukar untuk ditolak bahawa sememangnya industri pelancongan perlu diberi tumpuan besar oleh kerajaan negeri. Meletakkannya sebagai salah satu agenda di bawah projek mega SDC adalah usaha melonjakkan pertumbuhan yang sedia ada. Apa yang penting hari ini ialah rakyat Sabah perlu merebut segala peluang yang mendatang.
Back to top Go down
http://www.myspace.com/caroldanieallafernandez
Sponsored content





More Push For Tourism Under SDC Empty
PostSubject: Re: More Push For Tourism Under SDC   More Push For Tourism Under SDC Icon_minitime

Back to top Go down
 
More Push For Tourism Under SDC
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Topic On Tourism
» Feedbacks & Suggestions

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SABAH :: Umum :: Travel & living-
Jump to: