SABAH


 
HomeHome  Portal*Portal*  FAQFAQ  RegisterRegister  Log inLog in  
Selamat datang ke SBF, laman web berinfo dan membina minda rakyat Sabah ke arah perkongsian idea serta penggalakan pembangunan minda individu secara positif. Terdapat topik popular dalam forum ini yang hanya boleh diakses oleh ahli berdaftar sahaja. Semua lagu yang terdapat dalam laman web ini merupakan promosi sahaja. Sila ke kedai yang berhampiran untuk mendapatkan lagu tersebut. Semua post yang tidak sesuai atau melanggar peraturan berforum juga akan dipadam serta-merta demi menjaga nama baik SBF. Selamat berforum. Terima kasih. Admin SBF

Share | 
 

 Rahsia Bersedekah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Monkey
SBF Advisor
SBF Advisor


Male
Number of posts : 1370
Age : 104
Location : ..
Job/hobbies : ..
Points : -47
Registration date : 2008-06-03

PostSubject: Rahsia Bersedekah   Sat Sep 13, 2008 6:30 am

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang
berjaya. Katanya: "Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak
cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk
bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit,
banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan
meluaskan pintu rezeki".

Saya
berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet
ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada 40 saya sedekahkan rm10. Kalau
ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam
duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau
tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan
setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan
saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident
kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia
hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya
pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta
yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya
nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas. Tapi kita
kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang,
bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa
lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan
paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita
sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah),
maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan
sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja
harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya
dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya." (Surah
al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang
berkata kepada Nabi saw., sedekah yang mana yang lebih utama itu? Nabi
bersabda, engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan
berkeinginan (harish).

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari qbah ia mendengar Rasulullah
bersabda, setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga
ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat.

Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.


oleh mozais (http://www.mypendidik.net )
Back to top Go down
http://jiwang.la/ratu17
Borneo
VIP Moderator
VIP Moderator


Number of posts : 950
Location : North Borneo
Points : 266
Registration date : 2008-02-23

PostSubject: Re: Rahsia Bersedekah   Sat Sep 13, 2008 11:01 am

Ya, memang ada kebaikannya membuat pahala tersebut dan semulia pahala tersebut adalah dari niat yang ikhlas. Namun demikian, kita mesti redha apa yang ditakdirkan olehnya dan disamping itu berusaha mengatasi rintangan yang mendatang.

_________________
Read this before successfully posting:
http://sabah.forumotion.com/faq.htm
Back to top Go down
akinabalu
SBF Moderator
SBF Moderator


Male
Number of posts : 581
Points : 49
Registration date : 2008-02-22

PostSubject: Re: Rahsia Bersedekah   Sun Sep 14, 2008 3:26 pm

Monkey wrote:


Saya
berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet
ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada 40 saya sedekahkan rm10. Kalau
ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam
duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau
tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan
setakat ini dan harapnya pada masa akan datang.
Itu juga amalan kawan
saya.


Ya, memang jika kita pemurah, orang akan pandang kemuliaaan peribadi kita dengan niat yang jujur tersebut sebagai sesuatu rahmat kepada diri kita juga kemudian hari walaupun niat kita bukan untuk balasan. Mudah-mudahan dengan bersedekah ini akan menjadikan kita semua insan yang dikasihi oleh semua orang.

_________________
To know Sabah is to love Sabah
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Rahsia Bersedekah   Today at 1:31 pm

Back to top Go down
 
Rahsia Bersedekah
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SABAH :: Umum :: Religions & Beliefs :: Islam-
Jump to: