SABAH


 
HomeHome  Portal*Portal*  FAQFAQ  RegisterRegister  Log inLog in  
Selamat datang ke SBF, laman web berinfo dan membina minda rakyat Sabah ke arah perkongsian idea serta penggalakan pembangunan minda individu secara positif. Terdapat topik popular dalam forum ini yang hanya boleh diakses oleh ahli berdaftar sahaja. Semua lagu yang terdapat dalam laman web ini merupakan promosi sahaja. Sila ke kedai yang berhampiran untuk mendapatkan lagu tersebut. Semua post yang tidak sesuai atau melanggar peraturan berforum juga akan dipadam serta-merta demi menjaga nama baik SBF. Selamat berforum. Terima kasih. Admin SBF

Share | 
 

 pemeriksaan payudara

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Monkey
SBF Advisor
SBF Advisor


Male
Number of posts : 1370
Age : 104
Location : ..
Job/hobbies : ..
Points : -47
Registration date : 2008-06-03

PostSubject: pemeriksaan payudara   Sat Jul 12, 2008 2:09 pm

MAMMOGRAFI merupakan satu teknik penyiasatan sinar-X terhadap payudara.
Ia membolehkan doktor mencari kanser payudara pada peringkat awal di
mana rawatan mungkin lebih untuk memulihkan pesakit.
Lebih kurang satu daripada lapan wanita akan menghidapi kanser payudara dalam tempoh hidup mereka.
Kebanyakan kes kanser payudara berlaku tatkala wanita sudah pun
mengalami menopaus. Harus diberi perhatian juga bahawa kebarangkalian
berlakunya kanser payudara meningkat dengan peningkatan umur.
Oleh itu, adalah lebih baik untuk golongan wanita menjadikan
pemeriksaan mammografi sebagai satu ujian berkala kesihatan apabila
umur mereka mencecah 40-an.
Payudara
Payudara secara anatominya terdiri daripada
kelenjar, lemak dan tisu-tisu fibrous yang tebal. Anggota badan ini
dirangsang secara berkala dengan perubahan hormon wanita, estrogen dan
progesteron.
Hormon-hormon ini menukar kandungan air di dalam jisim payudara.
Ketika kandungan air meningkat, tempat di payudara yang terdapat banyak
tisu fibrous menebal dan mungkin menjadi sakit sedikit.
Seorang wanita mungkin mengalami kesakitan serta perubahan payudara
semasa kitaran haid, mengandung, menyusu badan dan juga menopaus.
Kontraseptif berbentuk hormon dan juga perawatan hormon gantian juga memberi perubahan pada payudara.
Pemeriksaan Mammografi
Mammografi merupakan satu proses
sinaran-X yang mudah dengan alat yang digunakan melepaskan sinaran-X
dalam jumlah yang rendah pada payudara.
Tidak ada bahan pewarna yang perlu disuntik atau dimakan dan juga
tiada apa-apa peralatan lain yang perlu dimasukkan ke dalam badan untuk
pemeriksaan mammografi.
Ketumbuhan awal biasanya kecil dan mungkin tidak dapat dirasai
dengan tangan. Mungkin juga kedudukannya jauh ke dalam payudara.
Mammografi mampu mengesan ketumbuhan kanser sebelum ianya menjadi
besar tetapi perlu diingat bahawa sesetengah ketumbuhan payudara
mungkin juga tidak membahayakan pesakit.
Walau bagaimanapun, jika ketumbuhan itu terbukti kanser, pengesanan
awal melalui mammografi memolehkan rawatan diberikan pada peringkat
awal dan meningkatkan kebarangkalian untuk sembuh sepenuhnya.
Pesakit tidak perlu dimasukkan ke wad sebelum dan selepas prosedur
mammografi yang dijalankan dan dibaca doktor yang mempunyai
pengkhususan dalam bidang radiologi.
Mereka yang berisiko
Ramai wanita yang mendapat kanser payu dara tidak mempunyai apa-apa risiko kecuali umur yang meningkat.
Walau bagaimanapun, anda mempunyai risiko lebih tinggi sekiranya mempunyai faktor-faktor berikut:
1. Gen-gen tertentu seperti BRCA1 dan BRCA2 yang merupakan faktor keturunan, jadi sejarah keluarga amatlah penting.
2. Sekiranya ibu, anak ataupun adik-beradik perempuan mempunyai kanser payudara.
3. Tidak pernah mengandung sehingga cukup bulan ataupun hanya mengandung kali pertamanya selepas berumur 30 tahun.
4. Kehadiran haid pertama pada usia muda, sebelum berumur 12 tahun.
5. Menopaus pada umur yang lewat, melebihi umur 55 tahun.
6. Tidak pernah menyusu badan, secara langsung ataupun secara pam.

bersambung..........
Back to top Go down
http://jiwang.la/ratu17
Monkey
SBF Advisor
SBF Advisor


Male
Number of posts : 1370
Age : 104
Location : ..
Job/hobbies : ..
Points : -47
Registration date : 2008-06-03

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Sat Jul 12, 2008 2:13 pm

Faktor-faktor lain yang mungkin juga meningkatkan risiko kanser payudara termasuklah:
1. Sejarah kesihatan pesakit, sebelum ini pernah mengalami kanser usus, rahim, ovari dan juga payudara.
2. Berat badan yang berlebihan selepas menopaus.
3. Penggunaan hormon gantian wanita.
4. Penggunaan produk perancangan keluarga berbentuk hormon.
5. Bentuk badan yang tinggi.
Ada juga faktor yang mengkaitkan keguguran dengan kanser payudara,
tetapi buat masa ini tiada kajian yang kukuh yang mengaitkan
kedua-duanya.
Siapakah yang perlu menjalani mammografi?
Sekiranya anda
berumur di antara 40 hingga 49 tahun, anda dinasihatkan supaya
menjalani penyiasatan mammografi sekali setiap satu atau dua tahun.
Sekiranya umur anda melebihi 50 tahun, anda dinasihatkan supaya menjalani ujian tersebut setiap tahun.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tergolong sebagai berisiko
tinggi, doktor mungkin akan menasihatkan anda mula menjalani
pemeriksaan mammografi pada usia yang lebih muda.
Doktor juga akan menasihatkan anda menjanai pemeriksaan mammografi sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut:
1. Payudara mempunyai bengkak yang sukar diterangkan secara klinikal
dan patologi, ataupun sekiranya mempunyai bengkak di ketiak yang mana
mungkin disyaki sebagai bengkak kelenjar limfa.
2. Sekiranya kulit di payudara mempunyai perubahan seperti pada kulit limau, kemerahan, melekuk dan apa-
apa sahaja perubahan yang boleh dikaitkan dengan kanser payudara.
3. Puting payudara mengeluarkan darah ataupun cecair lain yang sebelum ini belum pernah berlaku.
4. Perubahan pada puting payudara seperti ianya tidak lagi timbul dan tenggelam ke dalam.
Saiz payudara tidak mempengaruhi penyiasatan, begitu juga sekiranya anda mempunyai implan di dalam payudara.
Sejarah kanser payudara lampau juga mungkin memerlukan pesakit
menjalani pemeriksaan mammografi dijalankan. Sekiranya umur puan masih
muda, mungkin penyiasatan ultrasound akan didahulukan.
Apa yang perlu dilakukan
Mammografi penting untuk semua
wanita. Pada hari ujian, seboleh-bolehnya elakkan daripada memakai
bedak, deodoran ataupun krim-krim lain.
Ini kerana ada di antara bahan-bahan ini yang menyebabkan muncul
gangguan imej pada imbasan sinar-X. Doktor pakar radiologi akan
tersalah tafsir sekiranya berlaku gangguan sedemikian.
Kakitangan di jabatan pengimejan akan memaklumkan kepada anda
bagaimana untuk meletakkan payudara di antara dua alat sinar-X. Jisim
payudara pula akan dimampatkan supaya kesemua kawasan dapat dirakamkan
dan juga mengurangkan gangguan pada imej yang terhasil.
Tekanan akibat dari mampatan tadi mungkin akan menyebabkan sedikit
rasa tidak selesa dan mungkin sedikit kesakitan. Semua ini cuma untuk
seketika sahaja demi memastikan pemeriksaan tersebut dapat mengekalkan
tahap kesihatan anda.
Sekiranya anda datang haid pada hari ujian, mungkin anda ingin
tundakan pada minggu berikutnya supaya ketidakselesaan pada payu dara
tidak berganda.
Sekiranya anda mempunyai implan payudara, maklumkan kepada doktor
bertugas. Kehadiran implan mungkin menyulitkan tafsiran pada filem
sinar-X dan juga dikhuatiri mungkin bocor akibat daripada proses
tekanan serta mampatan semasa mammografi.
Back to top Go down
http://jiwang.la/ratu17
Monkey
SBF Advisor
SBF Advisor


Male
Number of posts : 1370
Age : 104
Location : ..
Job/hobbies : ..
Points : -47
Registration date : 2008-06-03

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Sat Jul 12, 2008 2:17 pm

Risiko sinar-X
Jumlah radiasi
sinar-X yang digunakan ketika pemeriksaan mammografi sedikit sahaja.
Radiasi yang diterima lebih kecil daripada yang diterima dari atmosfera
bumi sepanjang tahun.
Sekiranya perlu, mammografi juga boleh dilakukan semasa mengandung.
Tambahan pula, dengan peralatan moden serta teknik terkini, pendedahan
kepada sinar-X dapat dikurangkan ke tahap minimum dan tidak perlu
dibimbangkan.
Anda juga perlu faham bahawa mungkin terdapat juga keabnormalan yang tidak dapat dikesan melalui pemeriksaan mammografi.
Selain itu, anda juga dinasihatkan melakukan pemeriksaan payudara
sendiri dan berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan serta pengesahan
kesihatan secara berkala.
Kombinasi ketiga-tiga modaliti ini memberikan peluang terbaik untuk
mengesan dan merawat kanser payudara pada peringkat awal, sekiranya ia
berlaku kepada anda.
Sekiranya keputusan mammografi positif
Kebanyakan bengkak
di dalam payudara bukanlah kanser. Anda mungkin akan dirujuk untuk
penyiasatan lanjut melalui ujian ultrasound dan mungkin juga melalui
ujian pengimejan magnetik resonans (MRI). MRI menggunakan kuasa
magnetik dan juga gelombang radio untuk melihat di dalam payudara.
Ultrasound juga dapat melihat ke dalam jisim payudara dan boleh membezakan di antara keabnormalan padat dan juga sista.
Doktor juga mungkin menasihatkan anda supaya melakukan ujian ulangan
sekiranya ujian pertama tidak jelas ataupun menimbulkan syak wasangka.
Doktor juga mungkin akan menasihatkan anda menjalani ujian pembedahan kecil seperti:
1. Aspirasi, jarum akan disuntik pada keabnormalan pada payudara dan
disedut keluar cecair ataupun tisu-tisu di dalamnya untuk dibaca oleh
doktor yang berkepakaran dalam bidang penyakit (patologis).
2. Biopsi, satu pembedahan kecil bagi mengeluarkan sama ada
sebahagian ataupun kesemua jisim abnormal untuk dikaji dengan lebih
lanjut oleh doktor.
Selain mammografi, anda mungkin juga dinasihatkan supaya menjalani
ujian sinar-X lain yang lebih kompleks. Perlu diingat, semua ujian yang
dicadangkan adalah untuk kesejahteraan serta menjaga kualiti kehidupan
anda.
Pencegahan serta diagnosis awal boleh membantu meningkatkan peluang untuk penyembuhan penuh.



bah, hotmama..pigi kama check..kalau ko malu jumpa itu dukutur, suru saja si papa tulung chek..ikut tu langka langka spt yg kena tunjuk di risalah . Cool


ni info sia dapat dari utusan malaysia ni hari..



Back to top Go down
http://jiwang.la/ratu17
osmangbinladeng
Senior SBF
Senior SBF


Number of posts : 318
Points : -9
Registration date : 2008-05-02

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Sat Jul 12, 2008 6:05 pm

BBmonkey wrote:
Faktor-faktor lain yang mungkin juga meningkatkan risiko kanser payudara termasuklah:
1. Sejarah kesihatan pesakit, sebelum ini pernah mengalami kanser usus, rahim, ovari dan juga payudara.
2. Berat badan yang berlebihan selepas menopaus.
3. Penggunaan hormon gantian wanita.
4. Penggunaan produk perancangan keluarga berbentuk hormon.
5. Bentuk badan yang tinggi.
Ada juga faktor yang mengkaitkan keguguran dengan kanser payudara,
tetapi buat masa ini tiada kajian yang kukuh yang mengaitkan
kedua-duanya.
Siapakah yang perlu menjalani mammografi?
Sekiranya anda
berumur di antara 40 hingga 49 tahun, anda dinasihatkan supaya
menjalani penyiasatan mammografi sekali setiap satu atau dua tahun.
Sekiranya umur anda melebihi 50 tahun, anda dinasihatkan supaya menjalani ujian tersebut setiap tahun.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tergolong sebagai berisiko
tinggi, doktor mungkin akan menasihatkan anda mula menjalani
pemeriksaan mammografi pada usia yang lebih muda.
Doktor juga akan menasihatkan anda menjanai pemeriksaan mammografi sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut:
1. Payudara mempunyai bengkak yang sukar diterangkan secara klinikal
dan patologi, ataupun sekiranya mempunyai bengkak di ketiak yang mana
mungkin disyaki sebagai bengkak kelenjar limfa.
2. Sekiranya kulit di payudara mempunyai perubahan seperti pada kulit limau, kemerahan, melekuk dan apa-
apa sahaja perubahan yang boleh dikaitkan dengan kanser payudara.
3. Puting payudara mengeluarkan darah ataupun cecair lain yang sebelum ini belum pernah berlaku.
4. Perubahan pada puting payudara seperti ianya tidak lagi timbul dan tenggelam ke dalam.
Saiz payudara tidak mempengaruhi penyiasatan, begitu juga sekiranya anda mempunyai implan di dalam payudara.
Sejarah kanser payudara lampau juga mungkin memerlukan pesakit
menjalani pemeriksaan mammografi dijalankan. Sekiranya umur puan masih
muda, mungkin penyiasatan ultrasound akan didahulukan.
Apa yang perlu dilakukan
Mammografi penting untuk semua
wanita. Pada hari ujian, seboleh-bolehnya elakkan daripada memakai
bedak, deodoran ataupun krim-krim lain.
Ini kerana ada di antara bahan-bahan ini yang menyebabkan muncul
gangguan imej pada imbasan sinar-X. Doktor pakar radiologi akan
tersalah tafsir sekiranya berlaku gangguan sedemikian.
Kakitangan di jabatan pengimejan akan memaklumkan kepada anda
bagaimana untuk meletakkan payudara di antara dua alat sinar-X. Jisim
payudara pula akan dimampatkan supaya kesemua kawasan dapat dirakamkan
dan juga mengurangkan gangguan pada imej yang terhasil.
Tekanan akibat dari mampatan tadi mungkin akan menyebabkan sedikit
rasa tidak selesa dan mungkin sedikit kesakitan. Semua ini cuma untuk
seketika sahaja demi memastikan pemeriksaan tersebut dapat mengekalkan
tahap kesihatan anda.
Sekiranya anda datang haid pada hari ujian, mungkin anda ingin
tundakan pada minggu berikutnya supaya ketidakselesaan pada payu dara
tidak berganda.
Sekiranya anda mempunyai implan payudara, maklumkan kepada doktor
bertugas. Kehadiran implan mungkin menyulitkan tafsiran pada filem
sinar-X dan juga dikhuatiri mungkin bocor akibat daripada proses
tekanan serta mampatan semasa mammografi.
BB sy punya payu dara ada masalah bah...ada tumbuh bulu bah di tepi-tepi puting sy tu...kenapa tu ya... Very Happy Very Happy
Back to top Go down
Monkey
SBF Advisor
SBF Advisor


Male
Number of posts : 1370
Age : 104
Location : ..
Job/hobbies : ..
Points : -47
Registration date : 2008-06-03

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Sat Jul 12, 2008 6:19 pm

adeiii..yg itu sia tidak tau pula.jangan2 ko dua alam..nda la sia mo jumpa ko ni..nanti ko lebih lawa pula dari sia. sia malu... Suspect
Back to top Go down
http://jiwang.la/ratu17
osmangbinladeng
Senior SBF
Senior SBF


Number of posts : 318
Points : -9
Registration date : 2008-05-02

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Mon Jul 14, 2008 6:06 am

BBmonkey wrote:
adeiii..yg itu sia tidak tau pula.jangan2 ko dua alam..nda la sia mo jumpa ko ni..nanti ko lebih lawa pula dari sia. sia malu... Suspect
mana la tau kan breas ko pun ada bulu-bulu jgk....so kita sama lah bah kan Cool
Back to top Go down
alphawaves
SBF Mentor
SBF Mentor


Male
Number of posts : 938
Age : 56
Location : sanaa bah..
Job/hobbies : joomla! addict..
Points : 5
Registration date : 2008-02-25

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Mon Jul 14, 2008 1:38 pm

haha..ngam lah kamu dua urang ini..
Back to top Go down
http://asiamistik.forumotion.com
Monkey
SBF Advisor
SBF Advisor


Male
Number of posts : 1370
Age : 104
Location : ..
Job/hobbies : ..
Points : -47
Registration date : 2008-06-03

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Mon Jul 14, 2008 3:45 pm

alphawaves wrote:
haha..ngam lah kamu dua urang ini..

eehhh, tuan alpha..biarpun penyakit ni lebih sinonim sama ppuan, ttapi buleh juga kena pada kaum lelaki..ada suda kajian dan bukti2 dia..tapi apa pun , jangan lupa , lelaki juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan..macam thap kolestrol ka, gula kah, lemak kah, darah kah..sebab semua penyakit ni mnyerang dlm senyap.
beringat sebelum kena....
Back to top Go down
http://jiwang.la/ratu17
hot_mama
SBF Supersenior
SBF Supersenior


Female
Number of posts : 603
Location : Kota Kinabalu
Job/hobbies : Kuli .... / Gossip ....
Points : 0
Registration date : 2008-04-22

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Thu Jul 17, 2008 6:46 am

ya betul tu BB ..beringat sebelum kena ..lelaki lagi parah ..nanti kena prostate cancer .. nah mkn taufoo banyak2 ..huhu

BB sudah gia sia pigi check breast cancer tu ... satu kali lagi sia check pap smears itu hari bah .. :pig:
Back to top Go down
Monkey
SBF Advisor
SBF Advisor


Male
Number of posts : 1370
Age : 104
Location : ..
Job/hobbies : ..
Points : -47
Registration date : 2008-06-03

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Thu Jul 17, 2008 4:37 pm

lol! doktor ppuan kah doktor llaki? kalau lelaki, muda kah tua?
hensem kah x brapa hensem?doktor kaling? cina? melayu? sabahan?
lama kah dia check mama?
hehehe....

^_^ selalu cuci mata tengok lelaki hensem2.. lol!
Back to top Go down
http://jiwang.la/ratu17
osmangbinladeng
Senior SBF
Senior SBF


Number of posts : 318
Points : -9
Registration date : 2008-05-02

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Thu Jul 17, 2008 6:11 pm

BBmonkey wrote:
lol! doktor ppuan kah doktor llaki? kalau lelaki, muda kah tua?
hensem kah x brapa hensem?doktor kaling? cina? melayu? sabahan?
lama kah dia check mama?
hehehe....

^_^ selalu cuci mata tengok lelaki hensem2.. lol!
Shocked Shocked kalu sy yg cek tu kan, sy cakap lagi tu...masalah ni breas puan...nanti sy urut yg puan...kalu sakit cakap....kalu sedap jan cakap apa ya puan....
Back to top Go down
Monkey
SBF Advisor
SBF Advisor


Male
Number of posts : 1370
Age : 104
Location : ..
Job/hobbies : ..
Points : -47
Registration date : 2008-06-03

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Thu Jul 17, 2008 6:53 pm

kalau sia jadi pesakit, tetap patah gigi tu dukutur sia kasi tinju...nda pun pecah telur sia kasi flying kick no shadow... besuk masuk borneo post
Back to top Go down
http://jiwang.la/ratu17
osmangbinladeng
Senior SBF
Senior SBF


Number of posts : 318
Points : -9
Registration date : 2008-05-02

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Sat Jul 19, 2008 6:09 am

BBmonkey wrote:
kalau sia jadi pesakit, tetap patah gigi tu dukutur sia kasi tinju...nda pun pecah telur sia kasi flying kick no shadow... besuk masuk borneo post
kan sy sudah cakap..kalu sedap diam-diam jak...hehehe...ko tu kalu sedap hilang sudah mata itam ko tu....mana ingat sdah mau kasih keluar kuntau ko tu...paling pun ko cakap...duktur dia bawa pun sakit-sakit...bleh tulung urtu jgk duktur.. What a Face What a Face sy pun cakap teda masalahhhhhhhhhhh...
Back to top Go down
Monkey
SBF Advisor
SBF Advisor


Male
Number of posts : 1370
Age : 104
Location : ..
Job/hobbies : ..
Points : -47
Registration date : 2008-06-03

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Sat Jul 19, 2008 6:14 am

kan sia suda cakap....kalau yg tinggi dukutur dia, sasa, hensem, muscular..memang sia diam diam..sia kunci lagi tu pintu, sia tukar tu slide pigi OUT( mean teda dukutur)..peduli la smpai petang..tpi kalau tu dukutur, pendek, bulat, BT ( botak tengah) terus sia sihat sihat .. Razz
Back to top Go down
http://jiwang.la/ratu17
osmangbinladeng
Senior SBF
Senior SBF


Number of posts : 318
Points : -9
Registration date : 2008-05-02

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Sat Jul 19, 2008 6:19 am

BBmonkey wrote:
kan sia suda cakap....kalau yg tinggi dukutur dia, sasa, hensem, muscular..memang sia diam diam..sia kunci lagi tu pintu, sia tukar tu slide pigi OUT( mean teda dukutur)..peduli la smpai petang..tpi kalau tu dukutur, pendek, bulat, BT ( botak tengah) terus sia sihat sihat .. Razz

bah nanti lah sy jadi duktur ko ya....
Back to top Go down
Monkey
SBF Advisor
SBF Advisor


Male
Number of posts : 1370
Age : 104
Location : ..
Job/hobbies : ..
Points : -47
Registration date : 2008-06-03

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Sat Jul 19, 2008 6:28 am

osmangbinladeng wrote:
BBmonkey wrote:
kan sia suda cakap....kalau yg tinggi dukutur dia, sasa, hensem, muscular..memang sia diam diam..sia kunci lagi tu pintu, sia tukar tu slide pigi OUT( mean teda dukutur)..peduli la smpai petang..tpi kalau tu dukutur, pendek, bulat, BT ( botak tengah) terus sia sihat sihat .. Razz

bah nanti lah sy jadi duktur ko ya....

nda mo la..mana buleh ko tiba tiba jadi dukutur pula.? sia masih mencari lagi ni..collect collect select select, mana dukutur yg bagus...tinguk saja muka sia, terus dia tau mana badan sia yg nda sihat dan perlukan rawatan.. Razz
Back to top Go down
http://jiwang.la/ratu17
Pakbelalang
Regular Member
Regular Member


Male
Number of posts : 247
Age : 107
Location : sabah
Job/hobbies : kuli
Points : -12
Registration date : 2008-08-09

PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Tue Aug 12, 2008 7:41 pm

pemariksaan payudara tu mimang penting...mencegah lebih daripada mengubat..lalaki pun patut buat pamariksaan..hihihihi
Back to top Go down
http://www.google.com
Sponsored content




PostSubject: Re: pemeriksaan payudara   Today at 1:28 pm

Back to top Go down
 
pemeriksaan payudara
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SABAH :: Umum :: Ladies Talk-
Jump to: