SABAH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SABAH


 
HomeHome  Portal*Portal*  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  
Selamat datang ke SBF, laman web berinfo dan membina minda rakyat Sabah ke arah perkongsian idea serta penggalakan pembangunan minda individu secara positif. Terdapat topik popular dalam forum ini yang hanya boleh diakses oleh ahli berdaftar sahaja. Semua lagu yang terdapat dalam laman web ini merupakan promosi sahaja. Sila ke kedai yang berhampiran untuk mendapatkan lagu tersebut. Semua post yang tidak sesuai atau melanggar peraturan berforum juga akan dipadam serta-merta demi menjaga nama baik SBF. Selamat berforum. Terima kasih. Admin SBF

 

 Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan

Go down 
3 posters
AuthorMessage
shalon6095
SBF Supersenior
SBF Supersenior
shalon6095


Number of posts : 554
Points : -90
Registration date : 2008-04-22

Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan Empty
PostSubject: Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan   Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan Icon_minitimeFri May 09, 2008 4:08 pm

"Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan"

Saya rasa bagi mereka yang sudah mahir di
dalam pemasaran sudah tahu betapa pentingnya
psikologi di dalam membuat tawaran atau
jualan.

Ini kerana kebanyakan daripada pelanggan
anda membeli berdasarkan rasional.

Dan salah satu psikologi pemasaran yang
digunakan (tak kiralah sama ada di Internet
ataupun saluran lain) ialah "Takut Ketinggalan",
"Takut Kehilangan" ataupun "Takut Tercicir".

Dalam bahasa orang putih, "Fear Of Loss".

Bayangkan...

Di tempat kerja, anda diberikan tugasan
untuk menyiapkan sebuah projek. Sekiranya
anda dapat siapkan projek tersebut seperti
yang dijadualkan, anda akan diberikan bonus
10% daripada gaji RM3,000 anda. 10% cuma RM300.
Walaubagaimanapun anda perlu bekerja 12 jam
setiap hari selama sebulan untuk menyiapkan
projek tersebut.

Jadi, dengan bekerja dari pukul 8 pagi hingga
8 malam setiap hari berturut-turut, adakah
ianya berbaloi untuk anda?

Mungkin 'ya'.

Mungkin 'tidak'.

Sekarang, bayangkan...

Untuk tugasan yang sama, anda perlu siapkan
projek ini walau macam mana sekali pun. Pada
hujung bulan, sekiranya anda tidak dapat
menyiapkannya, anda akan dibuang kerja. Jika
anda senang mendapat pekerjaan baru, ianya
tidak mengapa, tetapi inilah kerja pertama
yang anda dapat selepas 20 kali temuduga.

Adakah anda akan bersungguh-sungguh untuk
menyiapkan tugasan anda?

Atau anda akan bekerja walaupun sehingga 15
jam sehari?

Kebarangkaliannya, anda akan lakukan sedaya
upaya anda untuk menyiapkan tugasan anda -
bukan kerana bonus RM300 yang ditawarkan
tetapi kerana takut kehilangan kerja anda
sekarang.

Rasional anda ialah "Takut Kehilangan" kerja
melebihi "tawaran bonus" RM300.

Akhir sekali, anda akan berusaha sedaya upaya
untuk menyiapkan kerja anda walaupun terpaksa
bekerja melebihi masa. Pada hujung bulannya,
anda diberikan bonus RM300 untuk projek yang
disiapkan pada masa yang dijadualkan.

"Outcome" yang sama... motivasi berlainan.
Back to top Go down
alphawaves
SBF Mentor
SBF Mentor



Male
Number of posts : 938
Age : 64
Location : sanaa bah..
Job/hobbies : joomla! addict..
Points : 5
Registration date : 2008-02-25

Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan Empty
PostSubject: Re: Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan   Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan Icon_minitimeMon Mar 02, 2009 6:51 am

Topik ini sepatutnya di pindahkan ke ruangan psikologi. Smile
Back to top Go down
http://asiamistik.forumotion.com
aramaiti69
Newbie
Newbie
aramaiti69


Male
Number of posts : 83
Age : 62
Location : Upside down
Job/hobbies : Round Kampung
Points : 31
Registration date : 2008-09-14

Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan Empty
PostSubject: Re: Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan   Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan Icon_minitimeMon Mar 02, 2009 5:35 pm

Ya kan...bah, ngamlah kalau thread ni kena pindah di psikologi...
Back to top Go down
http://nunukragang.forumotion.net/
Sponsored content





Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan Empty
PostSubject: Re: Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan   Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan Icon_minitime

Back to top Go down
 
Psikologi Pemasaran: Takut Ketinggalan
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SABAH :: The Marketplace :: Webmasters Revenue-
Jump to: